AFF2012 : singapura sesah thailand 3-1
malam tadi aku balik rumah awal.... aku nak support singapore.. walau aku ni malaysian ... out of semua jiran2 kita, aku boleh support singapore... sebab lain2 tu semua main kotor, indonesia, thailand dah memang terbukti.. bagi padang bendang, naik barracuda dan lain2 ... semua nya untuk melemahkan mental dan psikologi pemain negara ... tapi tu kita kita cerita lain kali...
TAHNIAH SINGAPORE sebab menang semalam, big advantage ke atas thailand .... walau kita boleh nampak player2 thailand sengaja buat provokasi2 melampau nak bagi player singapore di book oleh ref. tapi semalam ref banyak bagi advantage ajer, takde sebuk nak spoilkan game n bunuh game dengan banyak foul dan kad. masa malaysia lawan thailand dulu rajin benar nak flash kad dan tiup wisel.. hati panans ajer tgk, kalau kat depan aku ni mmg bangku kat kaki ni terbang tinggi laju ajer ke muka dia....
at least singapore treats malaysia sebagai true oppponent.. tak payah nak bagi perang psikologi melampau ...
sooo ....
looking foward to see singapore lifting the cup infront of thailand crowd!!! nada bengkek x habis lagi ni ngn thailand
dari dunia sukan hari ini
http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item910778/Singapura-pecahkan-rekod-Thailand/
Singapura pecahkan rekod Thailand
Singapura telah menewaskan Thailand 3-1 di Stadium Jalan Besar pada malam Rabu dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012.

Pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke 59 apabila Adul Lahsoh menyepak bola dari hantaran Teerasil Dangda.
Walaubagaimanapun
pasukan Singa mendapatkan dua gol lagi apabila Khairul Amri mengekalkan
kelebihan tiga minit kemudian dan Baihakki Khaizan menjaringkan gol
terakhir dalam masa kecederaan.
Singapura kini mempunyai kelebihan dua gol sebelum bertemu Thailand di Bangkok pada 22 Disember dalam perlawanan kedua nanti.Pasukan
tuan rumah telah memulakan perlawanan dengan gerakan serangan dari saat
pertama dengan percubaan awal oleh Khairul Amri dan Aleksandar Duric
yang tersasar.Aleksandar Duric kemudian dikasari Piyaphon dalam
kotak dan Fahrudin mengambilnya. Walaupun pengadil mengarahkan pemain
midfield itu untuk mengambil tendangan penalti sekali lagi akibat
kesalahan, Fahrudin menyempurnakan peluang keduanya dengan senang.
Singapura
bermain dengan dua pemain midfield yang mempertahankan benteng
pertahanan telah menguasai perlawanan dan walaupun Anucha Kitpongsri
berjaya melepasi benteng pertahanan Singapura empat minit kemudian,
percubaan beliau tersasar.Babak kedua bermula dengan rentak
perlawanan yang sama tetapi kini giliran pasukan Thailand pula untuk
menjaringkan gol pada minit ke 59 apabila Adul menyepak masuk hantaran
Teerasil dengan senang.Dua minit kemudian, Aleksandar Duric
menghantar bola dari sayap kiri dan Khairul Amri melepaskan rembatan
kencang dan sekaligus menjaringkan gol ketiga dalam tiga penampilan di
perlawanan peringkat akhir Piala Suzuki dan mengekalkan kelebihan gol.
Thailand
cuba bertindak balas dengan gerakan serangan dan menang tendangan
percuma. Walaubagaimanapun percubaan Jakkapan Pornsai terkena tiang.Shaiful
Esah kemudian muncul sebagai ancaman utama pasukan tuan rumah dengan
beberapa percumaan yang baik dan tendangan sudut beliau dalam masa
kecederaan yang menyebabkan gol ketiga pasukan Singa.Hantaran
beliau gagal ditangani benteng pertahanan Thailand dan Baihakki Khaizan
berjaya menyepaknya masuk dan mengakhiri saingan pada malam itu.
Perlawanan kedua akan berlangsung pada 22 Disember di Bangkok
Post a Comment