AFF2012 : rajagopal belum selamat..
tuan kita ni tak mau berenti daa.... nak gak teruskan dia nya experiment tu.... walau besar mana jasa dia, walau aku hormat kt dia sebab kembalikan kegemilangan bola malaysia... tapiii experiment dia lepas menang AFF2011 semua x jadi.. ranking meurun dan lain lain .....
selection player yang menyebabkan ramai penonton bola jadi hangit! boleh kata semua bingit kat player2 yang under perfom mcm amar rohidan, alex, fakri shahrani, dan beberapa nama lain .... termasuk lah safiq rahim yang selalu under perfom.. pass bola kat depan pon takde, mane mat yo n safee nak score..... tapi raja being raja .. dia x mau tarik pplayer dari HMA yang proven cool dan lebih sistematik game nya, meraka x gelohjoh mcm aidil yang dapat bola terus tendang , lembab mcm bunyamin, slow mcm azmi muslim...... kita kalah dengan thailand bukan sebab kita x bagus... tapi player kita gelojoh ... sangat gelojoh ... sampai coach thai sindir kaw-kaw punya .... " long ball, long ball , lonnnng ball" ... siap demo ngn kepala kfc dia lagi..... puikkkkk
so raja .. u dah kira expired dah ..... baik la bagi fresh blood to take over, datuk dah dapat, duit dah dapat.... baik la pergi cara terhormat...

artikel dari berita harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belumselamat_/Article
FAM bincang status Rajagobal dalam tempoh terdekat
Kuantan:
Kedudukan Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan
akan dibincangkan pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Rajagobal mampu menarik
nafas lega buat masa sekarang kerana jawatannya mendapat jaminan
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah walaupun terdapat desakan ramai meminta
pengendali itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan kejuaraan
Piala Suzuki AFF tahun ini.
“Buat Rajagobal tiada apa-apa masalah... dia masih jurulatih
Harimau Malaya,” titah baginda pada majlis Pengenalan Helikopter EC-725
di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini,
semalam.
Baginda bertitah, belum ada cadangan menggantikan Rajagobal
dengan jurulatih lain sehingga semua pegawai atasan FAM membincangkan
laporan 'post mortem' mengenai prestasi skuad Harimau Malaya dalam
pertandingan itu.
“Pengendali itu masih kekal sebagai
jurulatih dan segala pertukaran atau pengstrukturan semula akan dikaji
bersama pegawai atasan FAM. Mungkin akan ada 'post mortem' termasuk
berkenaan dengan perlawanan kita dengan Thailand.
“Sebagai
Presiden, saya sudah menerima laporan perlawanan Malaysia menentang
Thailand... segala keputusan yang dibuat nanti harus mengambil kira
semua faktor dan pendapat semua pihak,” titah baginda.
Sultan
Ahmad Shah akan berlepas ke Bangkok esok untuk menghadiri mesyuarat AFF
dan menyaksikan perlawanan akhir kedua Thailand menentang Singapura
seterusnya menyerahkan piala kepada pemenang pertandingan.
Skuad kendalian Rajagobal gagal mempertahankan kejuaraan
Piala Suzuki AFF 2012 apabila tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand
pada separuh akhir.
Ketika ditanya mengenai prestasi pemain,
baginda enggan memberi komen sebelum menerima laporan penuh daripada
jurulatih dan pengurus pasukan.
“Saya tidak boleh sebut sama
ada pemain lemah atau kurang stamina... tetapi saya akan pastikan
pasukan kebangsaan dapat mempamerkan mutu permainan yang lebih baik pada
masa depan,” titah baginda.
Post a Comment