THAILAND VS. MALAYSIA

Kita sering disajikan atau dimomokan dengan kehebatan thailand dalam menjana kekuatan dan menjulang pasukan mereka di peringkat Asia, sementara kita masih lagi gagal dalam menjadikan malaysia sebuah pasukan yang mamou digeruni.


Image result for harimau malaya aff 2016
sumber GOAL.COM


Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapakah kita sehingga sekarang masih belum mapu menguasai Asia Tenggara dan sekadar berbangga dengan cerita lama yang masih lagi berlegar di dada akhbar dan mulut2 veteran seperti Khalid ali dan Jamal Nasir yang sentiasa menjadi bahan rujukan akhbar sehingga seolah tiada lagi org lain yang mampu memberi idea bernas pada pembangunan bola sepak Malaysia.

membaca olahan dari RIMAU XI dibawah ini, amat menarik sekali untuk melihat hala tuju pasukan kita yang entah kemana masih mahu bernaung dan hidup dibawah ketiak FA. banyak kelab2 mati ketika ini hanya kerana gagal membuat fan base. Pasti nya situasi ini tidak akan berlaku sekiranya, pasukan pasukan bertaraf Negeri ini dibuang dan dijadikan pasukan taraf Perbandaran atau Wilayah yang pasti nya mampu menarik Fanbase sekitarnya seperti yang terbukti pada LBR..

BACALAH KUPASAS dari RIMAU XI dari FB beliau seperti di bawah

*******************************************************************



THAILAND VS. MALAYSIA
Ramai nampaknya semakin cemburu kepada bolasepak Thailand yang jelas satu tahap di atas negara-negara ASEAN yang lain. Satu tahap di atas tidaklah bermakna bahawa Thailand kebal dan tidak boleh tewas kepada pasukan ASEAN. Ia bermakna bahawa Thailand dilihat memiliki kelebihan daripada aspek kemahiran, pemahaman dan kepantasan, yang boleh digunakan bila-bila masa ia betul-betul berkeinginan untuk menang ke atas pasukan ASEAN.
Semasa Malaysia menjadi juara Piala AFF 2010, Malaysia tidakpun menang ke atas Thailand. Indonesia yang menjadi tuan rumah ketika itu juga hanya menumpaskan Thailand melalui dua penalti, menentang Thailand yang bermain dengan 10 orang pemain.
Kini, Thailand menjadi satu-satunya pasukan ASEAN yang telah mengesahkan tempat di Piala Asia 2019. Bagaimanakah Thailand boleh menjarakkan pencapaian bolasepaknya sebegitu jauh daripada jiran geografinya, Malaysia?
------------------------------------------------------
PENDEDAHAN KELAB KEPADA PERINGKAT ASIA
Rakyat Malaysia tampak faham bahawa untuk pemain-pemain kebangsaan meningkat maju, mereka perlu bermain di liga-liga luar. Ini bermakna rakyat Malaysia sendiri mengakui betapa kualiti pertandingan di liga tempatan tidak memadai untuk melahirkan pemain-pemain bertaraf antarabangsa.
Yang peliknya, pasukan-pasukan dari Malaysia tidak pula mengambil berat pertandingan di peringkat Asia.
Apabila pertandingan kelab peringkat tertinggi Asia, Champions' Cup (kini ditukar format menjadi AFC Champions' League) diadakan kembali pada musim 1985/86 selepas sedekad tidak dianjurkan, Malaysia telah diwakili Malacca AFA, yang bukan merupakan juara liga mahupun Piala Malaysia. Begitu juga pada musim seterusnya iaitu 1986/87, Malaysia diwakili Selangor yang bukan juara liga mahupun Piala Malaysia tahun 1985.
Mengapa juara liga mahupun juara Piala Malaysia enggan bermain di peringkat Asia?
Bahkan pada beberapa musim seterusnya, Malaysia tidakpun memiliki sebarang wakil di Champions' Cup. Pada Champions' Cup musim 90/91, wakil dari Malaysia dikatakan telah menarik diri. Jika dilihat kembali, juara liga pada tahun sebelumnya iaitu 1989 ialah Selangor, manakala juara Piala Malaysia ialah Kuala Lumpur. Malaysia juga tidak memiliki wakil bagi dua musim seterusnya: 91/92 dan 92/93. Kemudian pada musim 93/94, Pahang yang mewakili Malaysia menarik diri daripada Champions' Cup sebelumpun perlawanan menentang Thai Farmers Bank FC bermula.
Sejarah kemudiannya menjadi saksi kepada kejayaan Thai Farmers Bank FC menjadi juara Champions' Cup sebanyak dua kali pada musim 93/94 dan 94/95.
Kini, kelab-kelab Thailand bermain di AFC Champions League saban musim. Kali terakhir kelab Malaysia bertemu kelab Thailand ialah apabila JDT, juara Piala AFC 2015, tewas sepakan penalti kepada Muangthong United di pusingan awal AFC Champions League, musim ini.
------------------------------------------------------
PEMILIKAN KELAB
Muangthong United yang menumpaskan JDT, telah dinobatkan sebagai juara Toyota Thai League musim ini dengan baki 3 perlawanan, susulan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej. Kelab ini dimiliki oleh Rawi Lohtong, yang juga pemilik kepada salah sebuah syarikat media terbesar di Thailand, Siam Sport Syndicate. Menurut pengarah pasukan, Ronnarij Suewacha, Siam Sport mengambil alih kelab divisyen kedua Nongjok Wittayanusorn dan memindahkannya ke Muang Thong, apabila FAT menstrukturkan semula liga Thailand agar kelab-kelab yang bertanding mewakili wilayah. "FAT percaya bahawa ini boleh menguatkan hubungan antara masyarakat di wilayah dengan kelab-kelab mereka", kata Ronnarij.
Walaupun pemilikan kelab adalah persendirian dan bukannya milik kerajaan wilayah, namun FAT beranggapan bahawa kelab masih bergantung kepada masyarakat di wilayah untuk fanbase.
Rawi Lohtong, pemilik Muangthong United, mendedahkan bahawa pengarah pasukan Ronnarij telah menghantar cadangan kepadanya tentang bagaimana untuk membina sebuah kelab bolasepak dengan bajet 1.5 juta baht (kira-kira RM190,000). Ronnarij akhirnya membelanjakan 8 juta baht (kira-kira RM990,000) pada dua tahun pertama. Kemudiannya, Muangthong United ditaja oleh SCG (Siam Cement) sebanyak 100 juta baht setahun (kira-kira RM12.35 juta), ditambah dengan 100 juta baht lagi untuk pegangan saham. Muangthong United juga ditaja oleh Yamaha.
Selain Muangthong United, pasukan di tempat kedua iaitu Bangkok United juga dimiliki oleh entiti perniagaan, iaitu syarikat telekomunikasi True Corporation. Bangkok Glass di tempat ketiga pula dimiliki oleh Boon Rawd Brewery, manakala Buriram United di tempat keempat dimiliki oleh Newin Chidchob, seorang ahli politik.
Di Malaysia, kebanyakan pasukan diurus oleh FA negeri, dan masih bergantung harap kepada dana daripada kerajaan negeri. Selangor contohnya, merupakan kerajaan negeri terkaya dan menyumbang 22.6% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015, jauh meninggalkan Kuala Lumpur di tangga kedua yang menyumbang 15.1%, dan Negeri Sembilan di tangga ketiga yang menyumbang 10%. Namun, Selangor yang pasukan negerinya diurus oleh FAS dan diberikan peruntukan dana RM23 juta (kira-kira 186.26 juta baht) pada musim ini, kini mula mengambil tindakan untuk menghapuskan pergantungan kepada dana kerajaan negeri pada musim hadapan.
Walau bagaimanapun, negeri-negeri lain masih terus membina pasukan masing-masing dengan menggunakan dana kerajaan negeri.
------------------------------------------------------
KESIMPULAN
Prestasi kelab Thailand kini hampir dicapai oleh kelab dari Malaysia, apabila JDT mampu seri 0-0 dengan Muangthong United sebelum tewas sepakan penalti pada pusingan awal AFC Champions League musim ini. Namun, tatkala pasukan-pasukan Malaysia berbelanja puluhan malah ada yang berbelanja ratusan juta RM semusim, perbelanjaan bagi pasukan-pasukan Thailand adalah jauh lebih rendah.
Kelebihan Thailand ialah pengalaman kelab-kelabnya dan pemain-pemainnya bertanding di peringkat tertinggi Asia, sedangkan pasukan-pasukan dari Malaysia memandang rendah pertandingan kelab peringkat Asia pada awal permulaannya dahulu. Kini, lebih banyak kelab-kelab Thailand memiliki AFC Club License berbanding pasukan-pasukan dari Malaysia.
Selain itu, banyak kelab-kelab Thailand tidak bergantung kepada dana kerajaan sepertimana pasukan-pasukan dari Malaysia. Di Malaysia, pasukan-pasukan masih selesa berjual beli pemain dengan menggunakan dana kerajaan.
Bila mahu maju?

No comments

Powered by Blogger.