Piala Malaysia: Andik ikrar bantu Selangor kekal trofi





SHAH ALAM: Selangor mahu membuktikan betapa kemenangan mereka ke atas Kedah pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu bukanlah sekadar 'nasib' selepas mereka sekali lagi bakal membuat perhitungan di pentas akhir, Ahad ini. 'The Red Giants' yang dibimbing Mehmet Durakovic ketika itu disifatkan bernasib baik apabila padang yang basah akibat hujan 'membantu' mereka yang menggunakan taktikal lebih konvensional pada pentas akhir tahun lalu. Namun, situasi berbeza menyaksikan Kedah yang gemar bermain hantaran pendek bergelut untuk memperaga aksi terbaiknya sekali gus tumbang 2-0 di angan juara 33 kali itu.

PEMAIN sayap lincah The Red Giants, Andik Vermansyah. - Foto Owee Ah Chun SHAH ALAM: Selangor mahu membuktikan betapa kemenangan mereka ke atas Kedah pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu bukanlah sekadar 'nasib' selepas mereka sekali lagi bakal membuat perhitungan di pentas akhir, Ahad ini. 'The Red Giants' yang dibimbing Mehmet Durakovic ketika itu disifatkan bernasib baik apabila padang yang basah akibat hujan 'membantu' mereka yang menggunakan taktikal lebih konvensional pada pentas akhir tahun lalu. Namun, situasi berbeza menyaksikan Kedah yang gemar bermain hantaran pendek bergelut untuk memperaga aksi terbaiknya sekali gus tumbang 2-0 di angan juara 33 kali itu. Bagaimanapun, pemain sayap lincah The Red Giants, Andik Vermansyah berhasrat menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan kemenangan mereka dan melontarkan keyakinan bahawa mereka mampu untuk mengecewakan Helang Merah sekali lagi pada aksi final di Stadium Shah Alam, Ahad ini. "Orang mempersoalkan kejayaan kami tahun lalu dan boleh bercakap apa sahaja namun yang pasti, kemenangan sudah menjadi milik kami dan kini kami berpeluang untuk mengulangi pencapaian musim lalu. "Jadi, sama ada hujan atau tidak, kami akan membuktikan betapa bukanlah nasib yang membolehkan kami meraih kemenangan, namun kerjasama berpasukan dan semangat tinggi yang akan menjadi azimat buat kami mengharungi aksi final itu nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Mengulas lanjut aksi bertemu skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu, 'Messi Indonesia' ini memberi amaran betapa Kedah juga perlu berhati-hati dan tidak hanya fokus kepada kelibatnya sahaja di atas padang. "Saya akui saya pasti akan dikekang hebat oleh pertahanan Kedah dan saya dapat jangkakan sukar bagi saya menembusi benteng pertahanan mereka walaupun pernah bertemu dalam aksi liga sebelum ini. "Namun mereka silap jika hanya memberi perhatian kepada saya seorang. Kami turut memiliki pemain menyerang yang lebih berbahaya seperti Patrick Ronaldinho Wleh, Ahmad Hazwan Bakri dan juga R Gopinathan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206150?m=1



No comments

Powered by Blogger.