AFF2012 : SCHAFER KATA DIORANG BOLEH MENANG LAGIK!

itu kata schaffer...

mamat ni penuh kontroversi.. segala staement dia mmg menyebabkan hati panass... berlagak sangat, walaupon dia terer, team dia terer... tapi cara dia handle questionare to yang tak bleh blah.

btw, harapnya, thailand takle bagi kemudahan grade skolah rendah untuk singapore, seperti mana diorang bgi kat malaysia... walau nak menang macam mana pon, etika pertandingan patutnya jaga.. bukan main kotor...

beliau dikatakan mengkritik pengadil perlawanan masa jalan besar tempohari, bagaimanapun dia lupa bagaimana teruknya mutu pengadilan ketika pasukannya menentang Malaysia. Dan bagaimana kotornya permainan psikolgogi mereka dalam dan luar padang.

whatever it is, i do hope Singapore will win this cup ...... as most of their player were from LION XII ... though i dont quite like them, tapi diorang antara pencabar dalam MSL, yang menjadikan game tu menarik utk ditonton, sebab ada element kenegaraan / kenegerian yang kuat.

all the best singapore.

btw ni excerpt dari espnstar.my
http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item910943/Schafer:-Kami-masih-boleh-menang/

Schafer: Kami masih boleh menang

Jurulatih Winfried Schafer yakin bahawa Thailand mampu mengatasi keputusan 3-1 setelah ditewaskan dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki.
Pasukan Gajah Perang yang disifatkan sebagai pilihan kegemaran untuk menjuarai pertandingan berprestij di Asia Tenggara itu, dikecewakan setelah dibenam oleh Singapura di Stadium Jalan Besar.
Pasukan tuan rumah berjaya mendahului pada minit ke sepuluh melalui sepakan penalti oleh Mustafic Fahrudian dan walaupun Adul Lahsoh bejaya menyamakan kedudukan pada minit ke 59, Khiarul Amri menambahkan mata tiga minit kemudian diikuti yang ketiga oleh Baihakki Khaizan dalam masa tambahan.
Keputusan itu telah meninggalkan Thailand tertekan sebelum perlawanan final kedua di Stadium Suphachalasai pada hari Sabtu jika mereka mampu mengakhiri kemarau sepuluh tahun tanpa kejohanan Piala AFF Suzuki.
Namun, Schafer tetap optimis bahawa pasukan mampu menyusuli kegagalan itu.
"Keputusan bukan masalah bagi saya," beliau berkata. "Kami mempunyai perlawanan kedua di Bangkok dan saya mengharapkan bahawa stadium akan dipenuhi dengan para penyokong dan mungkin kami dapat mengatasi cabaran.
"Saya pasti kami mampu bangkit semula dan saya mempunyai keyakinan dengan pasukan."
Schafer telah membimbing pasukan Gajah Perang pada 2011 dan pernah membawa Cameroon dalam Piala Afrika pada 2002.

No comments

Powered by Blogger.