Selangor, Kelantan Tarik diri dari MSL 2017

Isu penarikkan diri KELANTAN serta SELANGOR dari MSL manakala DRB Hicom dan Perlis dari MPL menjadi titik bual bagi kebanyakkan penyokong bolasepak malaysia akhir akhir ini.
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media Persatuan Bola Sepak Selangor yang diadakan di Kelana Jaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

bacaan lanjut KLIK sini


Tapi, bagi aku semua ini adalah usaha berganda dari kelompok kelompok politikus yang ingin mematikan atau membunuh apa jua cara Penswastaan bola sepak di negara kita. Mana logik pasukan yang penuh tradisi saban tahun menagih duit dari kerajaan negeri! .. mana lojiknya pasukkan yang saban tahun meningkat bajet dari kerajaan negeri semakin tinggiperbelanjaannya sedangkan mereka tahu setiap tahun duit mereka tak pernah cukup dan mereke bertindak terus menerus berbelanja boros tanpa perlu memeikirkan mana nak carik duit untuk musim depan! .. bagi kelompok kelompok politikus ini, mereka cuma pentingkan tembolok dorang! poket dorang! tanpa perlu berfikir bagaimana hendak mencari duit secara positif, bagaimana nak membangunkan pasukan muda dan bagaimana hendak menjadikan pasukan itu self - sustain.

mana mungkin golongan ini tak tau!

Ini semua adalah komplot untuk menjadikan bolasepak sebagai tebusan kepada sikap mereka  dan konco konco korup dorang. Harus di ingat, mereka inilah peneraju bolasepak Malaysia sejak berpuluh tahun dulu.

lihat sahaja senarai pasukan bermasalah - PAHANG, SELANGOR dan KELANTAN.. siapa peneraju belakang tabir mereka! kesemuanya orang kuat FAM yang sehingga kini masih lagi dibangsatkan oleh para pendukung bolasepak malaysia. penat jerih penyokong untuk membersihkan dan membaik pulih bolasepak malaysia, sehingga ada yang disumbatkan ke penjara dan mahkamah. Adakah ianya memberi kesan pada golongan bangsawan politikus ini?

Selangor , sebuah pasukan penuh tradisi, gah dengan slogan Misi 33 yang gagal pada pada 2014 telah tercapai pada thn 2015. Seharusnya, sejak beberapa tahun lalu semua peminat patut sedar kebergantungan FAS pada kerajaan negeri. Pada baju sengor cuma ada MBI sebagai penaja, mana pergi syarikat2 besar di Selangor? kenapa tiada usaha mempromosi pasukan bolasepak Selangor? tiada usaha untuk membuat merchandise secara Official? semuanya dibiar di rompak oleh peniaga jalanan tanpa ada usaha utk meminta mereka menyumbang sesuata pada kelab. Atau sekurang kurangnya menjual sendiri untuk menjana pendapatan..  masih mengharapkan duit PKNS? ... apa bila PKNS tak nak taja dah, tindakan pertama dilakukan adalah mengugut penyertaan PKNS, tanpa tajaan - takda sokongan penaung! semudah itu. Bila PKNS mengambil tindakan bijak utk bernaung dibawah naungan Persatuan bolasepak Melayu Malaysia, mereka mencipta strategi baru , Ugut untuk tarik diri dari MSL 2017.

Aku sangat setuju pendapat shahril arsat dalam Buletin Utama tadi - sekira pemain dibuang atau di gantikan atas sebab tak Perform, benda yang sama patut apply pada management. Pengurusan yang GAGAL harus digantikan atau berhenti!

aku juga tertarik dengan statement bawah ni;

“KALAU DAH DASAR PEMALAS........ Dah beberapa hari kecoh dalam akhbar pasal pasukan Selangor tak ada duit, minggu lepas dah keluar tv, hari ini jadi tajuk utama berita pulak nak minta duit.

bacaan lanjut : Stadium Astro


Cerita KELANTAN hampir senada dengan Selangor. TSAM merupakn nama besar dalam politik dan Bolasepak Malaysia. Agak kelakar tahun lepas apabila DV setuju jadi penaja, TRW berbelanja sakan tetapi masih mempuyai hutang tertunggak yg mencecah hampir sejuta. Sudah nya duit pun habis tak sampai hujung musim pon.

Untuk musim ni, awal2 dicanangkan yang duit takda dan mereka nak tarik diri sekiranya takda penaja. tetapi dalam pada masa yang sama aku nampak, tindakan TSAM tarik diri adalah lebih kepada keinginan beliau nk jadi bapak PRESIDEN FAM. kapal sendiri dah nak karam nak karamkan kapal lain pulak.

Pahang plak lain cerita, setrelah beberapa tahun menjadi pencabar liga, apabila MSL nk diswastakan, mereka pun tubuhkan PFC, buang semua player bagus, lepas tu ambil player piala presiden sebagai sandaran. dah tentu player ni tak mampu nak bersaing! so sudahnya selain berhutang gaji, PFC nyaris saja digugurkan ke MPL kalau tak kerana tangan tangan ajaib. tapi betulka PFC takde duit?

Tahun ni, PFC tukar balik kepada PFA, tiba tiba ada duit untuk borong player dan set target sebagai salah satu pencabar serius 2017. SO? apa yang nak ditunjukkan disini?

bagi aku, ini adalah wayang yang nk tunjukkan bahawa penswastaan tidak dapat dilakukan di Mlaysia, terbukti bila PFA tukar PFC dan keputusannya sangat teruk dengan beban hutang meningkat.Yang kelakarnya, PFC adalah satu satunya kelab yang takda penaja utama sehingalah last last musim.Strategi atau kebetulan? atau memang sengaja dibuat untuk nempak PFC adalah enitit gagal.

Kesemua wayang wayang diatas adalah dari pengurusan yang menerajui FAM. Mereka ini berbelanja sesuka hati tanpa perlu mengira berapa ada dalam poket. takda duit mintak state government, kalau tak tolong boleh cakap kat penyokong state government tak nak tolong.

Yang kelakarnya jugak, FAS dan TRW di ketuai oleh golongan pemerintah pusat, manakala state Goverment adalah dari Pakatan. Adakah perbalahan politik dah mula menular ke bolasepak?

yang pasti, kita dipimpin oleh golongan yang gagal.

No comments

Powered by Blogger.