MSL 2016: Persiapan the crocs

Dari sinar harian 

+++++++*++*++++++++++++++++++

NASIB dua pemain import, Davide Garissa dan Bojan Markovski yang menjalani ujian pemilihan dengan skuad bola sepak Sarawak, bakal diketahui tidak lama lagi.

Ketua jurulatihnya,  Datuk K Rajagobal berkata, beliau mahu melihat corak dan kemahiran pemain berkenan dengan lebih dekat.

“Saya masih menilai keupayaan mereka dan sebarang keputusan akan dibuat tidak lama lagi,” katanya semasa sesi latihan di Kompleks Stadium Sarawak, baru-baru ini.

Bekas jurulatih kebangsaan itu juga mahu menilai pemain import lain yang berpotensi untuk mencuba nasib bersama skuad Bujang Senang musim ini.

“Ya, akan ada lebih ramai pemain import yang datang untuk ujian pemilihan skuad Sarawak," katanya.

Davide dari Itali dan Bojan asal Macedonia, telah menjalani ujian di Kuching sejak akhir Disember lalu bagi mengisi posisi pemain pertahanan dalam pasukan.

Dua slot lain untuk pemain import dalam skuad negeri ini sudah diisi Makeche Ndumba dan Gilmar Jose Da Silva.

No comments

Powered by Blogger.